Sunday, March 10, 2013






Bila kita diberi satu pekerjaan atau tanggungjawab, kita biasanya akan melaksanakan tuntutan itu dengan baik. Bila dah terbiasa, susah untuk kita meninggalkan pekerjaan tersebut memandangkan kebolehan yang dimiliki kita dalam melaksanakan pekerjaan itu dengan bagus sekali. Dan bila tiba saatnya kita diberi tugas yang baru, kita takut untuk menggalasnya kerana takut kemungkinan tugas itu lebih mencabar berbanding yang sebelumnya, dan kita mungkin akan gagal. Tetapi, hati kita terusik untuk mencuba, ini kerana kelebihan dan kemahsyuran yang bakal dimiliki sekiranya kita berjaya melakukannya. Bidalan mengatakan, 'Belum Cuba Belum Tahu', oleh itu, usah takut dengan cabaran yang mendatang kerana dengan usaha yang gigih berpandukan fikiran yang optimis mampu untuk membuahkan kejayaan... InsyaAllah.



P/S: Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strengths and abilities u never knew u had. Take on challenges and u will bring ursef to life :)

2 comments:

  1. Saya setuju!!

    Pandai tapi malas - lama-lama jadi hampas.

    Tak pandai tapi rajin - lama-lama menjadi juga.

    Sedangkan belakang parang kalau diasah lagikan tajam, ye dak?

    From: Bila Karipap Boleh Bercakap

    ReplyDelete
  2. betul tu en Zinedine Zaiddin.. yg penting, kena berani dan positif.. :-)

    ReplyDelete