Monday, January 10, 2011

E.P.I.L.O.G II







Langit yang tinggi terlalu sukar untuk ku gapai..
Sinar matahari dan bulan memberi cahaya untuk ku berlari dalam kegelapan..
Hujan yang turun bagaikan emas yang menaburi ke seluruh pelosok mahligai..
Dan pelangi petang yang datang merungkai rahsia simbolik 'Oh! indahnya sungguh ciptaan tuhan'..

Di hari siang yang tenang, termanggu ku sendirian...
Memikirkan episod demi episod baru yang bakal mendatang..
Adakah hari esok bakal memberikan satu lagi kedamaian yang berpanjangan..
Harapan yang menggunung adakalanya menyiksakan..
Penantian demi penantian yang berakhir dengan kekecewaan..
Terlalu berat menanggung bebanan memori pahit yang kian usang..
Terasa sunnguh penat menanti sang arjuna yang masih tidak kunjung datang..

Jika pun kau hadir hanyalah sementara sebagai peneman di kala hati kekosongan..
Syukur ku masih ku panjatkan kerana aku tahu aku tidak kesepian..
Untuk ku menempuh ranjau hidup sambil disulami kisah cinta puitis, ilusi atau khayalan..
Biarpun ku tahu hadirmu pasti memberi satu lagi episod baru penuh kelukaan.......


P/S: Dalam panas ku menadah gerimis.......