Sunday, May 24, 2015

To all bloggers :-)


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti”
-Saidina Ali Bin Abi Talib-


P/S: "There's only one corner of the universe you can be certain of improving, and that's your own self" - Aldous Huxley

Wednesday, May 20, 2015

AMAZING JAPAN made MY DREAM COME TRUE!!!!


Mungkin ini yang dikatakan rezeki bila kaki ni dapat jejak ke negara yang aku rasa kan sangat mustahil untuk aku 'singgah' dan negara yang paling aku idamkan untuk teroka iaitu JAPAN!!! Peluang ini datang memandangkan abang dan kakak ipar menetap di sana selama 2 tahun dan aku dah set dalam kepala otak ni yg aku akan terjah ke sana sebelum dieorg balik Malaysia. Currency kat sana sememangnya tinggi, barang2 of cos la sangat mahal, so kena la kumpul duit lebih sikit utk ke sana. Setahun setengah jugak la menunggu nak ke sana, at last mid of January aku terus book tiket utk aku n mak, sebab tiket masa tu tengah murah sebab ada promotion from Air Asia. Advantage untuk kami sebab harga tiket 'return' mase tu only cost us RM700 each. Naik Air Asia X lagi. Murah bangat kan?? He he.. Sebelum ni plan ke sana asyik tak jadi sbb tiket mahal, thats y banyak kali postpone sampai la dpt tau Air Asia bg promosi giler2, terus book time tu jugak tanpa fikir panjang. Yang paling best bila aku dapat tau, time aku kat Jepun nanti akan bermulanya musim SAKURA!! Yabedabedu!!! Lepas dah inform berkenaan ticket kiteorg pada abg n kak ipar, banyak juga prosedur yg kitoerg kena follow sebelum ke sana. Ini termasuk la nak kena sediakan jadual percutian  sepanjang bercuti kat situ, nak kena ada surat la, apply for Visa n etc. So bukan mudah nak ke jepon ni sebenarnya. System security dieorg actually sangat bagus walaupun ia sedikit menyusahkan untuk org yg nak bercuti ke sana. Tapi sekarang ni, dieorg dah tak letak syarat yg mcm aku bg tau tadi, so senangla untuk sesiapa yang nak bercuti ke Jepun selepas ni.

Lepas dah settle semua urusan, berlepas la kami dari KLIA on Air Asia X dan perjalanan dari KL ke Haneda Airport  ambil masa hampir 8 jam. Air Asia X agak selesa dan sgt luas, so tak la kematu sangat dok lama2 dlm flight. Kebetulan sebelah aku ade seat kosong, gemble la tido baring kat ctu. Hee. Bukan aku je yang wat mcm tu, passenger lain yang bertuah mcm aku ni pun buat macam tu jugak. Stewards/stewardess pun tak kisah asalkan tak menganggu passenger lain.

Flight kami berlepas lebih kurang jam 3 petang, sampai je Haneda Airport dalam jam 11 malam. Luggage kami toksah cakap la, memang penuh sarat dengan barang2 makan saja. Ini termasuk barang makan yang di 'request' abang and kak ipar serta barang makan yg dikirim daripada family side kak ipar. Al maklumla makanan kat sana tak sama dengan Malaysia dan susah nak dapat segala rempah2 untuk masak lauk pauk. Meggi pun tak de kat sana so memang kene beli banyak2 buat stock.

Bila dah kuar dari flight, kami terus menuju ke bahagian kastam dieorg, apa lagi terus cuak la bila tengok luggage orang kat depan aku ni dah kena selongkar dengan salah seorg pegawai kat situ. Sebab if let say officer dieorg dapat caught apa saja barang yg dibawa dari luar, dieorg akan ambil dan buang. Ini termasukla barang makanan yg tak berdosa. Memang x de dasar simpati punye la sebab kak ipar aku pernah cerita salah seorang student yang nak balik semula ke Japan selepas cuti raya kena selongkar luggage bila sampai kat bahagian kastam jepon ni, habis segala rendang, ketupat, sambal kacang n macam2 makanan yg dia bawa dari kampung kena tolak tepi. So kawan dia balik ke Jepun tanpa sebarang makanan pun kat tangan. X ke menangis kawan tu.. Tapi, bila tiba giliran aku je kat bahagian kastam tu, pegawai perempuan kat situ terus suruh aku jalan tanpa perlu di check apa2. ALHAMDULILLAH!!! Kalau tak, alamat 1 luggage yg penuh makanan ni tergadai! Mana tak nya, sebelum giliran aku sampai kat pegawai kastam tu, puas dok berdoa dlm hati, terkumat kamit baca doa sambil buat muka selamba n syukur, kiteorg LEPAS!!

Lepas dah keluar dari bahagian kastam, kami terus menuju ke bahagian ketibaan (arrival hall), dari jauh dah nampak barisan manusia sedang menunggu kat situ sambil kepala and leher menjongak2 dan terjengah2. Hehe. Tak lama lepas tu, nampak la abg and kak ipar dgn muka yg agak agak risau, then bila nampak kami muncul, terus buat muka lega and dioerg terus tanya 'luggage makanan kena tahan tak??' Ha ha ha.. Lepas dah bersalam salaman, kami terus menuju ke luar dan cari taxi utk balik ke hotel. Masa tu, rasa macam tak percaya dah sampai Jepun, and terkesima dengan keadaan kat sana yang sangat bersih, tanpa secalit sampah. Masa tu nak melompat kegembiraan pun tak bermaya memandangkan dah penat duduk dalam kapal terbang dalam tempoh yang agak lama. Lepas dah dapat taxi, kami terus menuju ke hotel dan abg aku siap inform 'kena rest and tidur awal sebab esok dah start nak berjalan banyak tempat'. Masa kat hotel, aku and my mum tidur sebilik and bilik hotel kat situ sangat kecil. Ikutkan, itulah bilik hotel yg terkecil yang pernah aku bermalam. Yg uniknya, walaupun kecil, tapi lengkap dengan semua kemudahan, kemas dan teratur. Ada tv, tandas, meja kecil n katil of cos la mesti ada. He he. Aircond walaupun x pasang tapi dah sejuk beku sbb suhu kat sana dah agak rendah. Kami spent almost 1 hour jgk la berborak sekejap dgn abg and kak ipar sebelum mereka pun mintak diri balik bilik sebelah. Terus aku pun tutup lampu and tidur sebab nak kena biar badan ni dapat full rest n full energy untuk berjalan2 di hari esok.. So,,, Good Night..!!



#DAY 2#

Destinasi kami pada hari kedua di Jepun ni adalah Tokyo Tower. Sebelum sampai kat situ, kami susuri banyak tempat. Kami banyak berjalan kaki dan menggunakan keretapi sebab lebih jimat memandangkan tambang bas dan teksi sgt la mahal. Lagi pun, better berjalan sebab banyak tempat leh explore and d journey would be so much exciting! There, the air we breathe was great, yelah negara 4 musim, so udara nye mmg sgt nyaman dan angin yg bertiup bila menyinggah kat badan ni sgt la sejuk dan rasa segar je. Masa mula2 berjalan di bandar2 kecil Tokyo, aku spotted banyak bende yang aku tak pernah nampak di Malaysia. Antaranya, lambakan vending machine. Vending machine dieorg super canggih, bkn setakat jual minuman, tapi makanan n sushi pun dieorg jual gak dalam vending machine tu. Lagi satu, parking kereta bertingkat di kawasan perumahan. Jimat ruang dan tak makan space. Smart!! Apa yang aku suka dengan orang Jepun ni jugak, the way dieorang jalan sgt laju! Silap2 leh terlanggar bahu. Jalan jenis ke depan dan biasanya akan bawak luggage 4 roda yg comel2 bersama dieorang.

Tengah sibuk menjamu mata di sekeliling tempat sambil memegang dslr di tangan, dari jauh dah perasan pokok yang rendang yang dilitupi bunga sakura kaler pink dan serta merta aku rasa excited, so I fastened my walking pace just to get a best shot of it. Banyak juga bunga sakura dah gugur sebab musim nya nak habes, yelah musim sakura hanya bertahan dalam 10-14 hari je, range time tu yg tengah lebat. Masa aku sampai Jepun, musim nya dah habes, so tinggal saki baki je. Sedeyyy!!
Lepas dah puas bergambar dgn sakura, kami lantas bergerak ke Tokyo Tower, and for your info, Tokyo Tower is one of the best-known towers in d world and it is made from steel. The best time untuk ke sana adalah pada waktu malam sebab keunikan dan kecantikan lampu-lampu yang mewarnai seakan2 seperti Menara Eiffel di Paris. We went there in the morning but I noticed there were so many people already in there. Dari dalam Tokyo Tower tu, dah boleh enjoy pemandangan seluruh bandar Tokyo dan bermacam2 tempat yang best termasuklah boleh view Gunung Fuji! Sebelum keluar dari situ, sempatla aku beli souvenir sebagai kenangan dan aku experienced benda yang bagus di cashier counter. Dalam urusan jual beli yang melibatkan kaunter bayaran di Jepun, memang dah tersedia satu piring kecil di atas mesin bayaran untuk kita letakkan wang kat situ berbeza di Malaysia, kita akan bayar melalui serahan tangan atau letak duit atas meja je. Masa wat bayaran untuk souvenir tu, aku tersilap letak duit atas meja cashier sebab tak tau kena letak kat bahagian piring yang dieorg dah sediakan, tapi juruwang tu tetap senyum, ambil duit tu dan siap mention jumlah duit yang aku bagi beserta harga barang yang aku beli, duit baki pun dia kira depan aku, dan dia siap mention jumlah baki tu berapa, dan ucapkan terima kasih sambil menunduk. Pergh, mmg bagus gila sistem jual beli yang dipratikkan di sana dan paling bagus kemesraan yang ditunjukkan kepada pelancong dari pelbagai negara. RESPECT!!
Selepas puas meneroka Tokyo Tower, kami terus menuju ke bandar Tokyo, dan tempat kedua yang kami tuju adalah Asakusa Nakamise Shopping Street, tempat shopping yang wajib untuk beli souvenir sebab harga kat situ jauh lebih murah berbanding tempat lain. Kat dalam tu memang penuh sesak dengan orang, kebanyakan dalam tu of course la tourists je banyak, tapi susah betul nak jumpa tourist orang Melayu, banyak yang mata sepet je, dan dari raut wajah dan pertuturan, banyak yang datang dari negara lain. Lepas puas memborong fridge magnet, kami terus ke Shibuya, ibu kota fesyen yang gah di bandar Tokyo. Sekelilingnya semua tempat shopping yang high-class. FOREVER 21, H&M, ZARA, COACH dan banyak lagi tersergam di tengah2 bandar Tokyo, ditambah lagi kepadatan manusia yang membanjiri kawasan ini, memang HAVOC! Kesibukan bandar ini ala-ala macam bandar New York walaupun tak pernah pergi.. Sempat jugak merasa makan takoyaki for d first time berdepan dengan Skytree. Dan bermula dari situ lah, aku telah 'jatuh cintan' dgn takoyaki sehingga membawak ke Malaysia. So, here are some pictures for me to share d EXCITEMENT I had while in Japan and I hope it wont trigger d feeling of envy.. Hehe..

 Bunga sakura yang dah banyak gugur, asal kena tiup angin je, mesti gugur
 
Bunga nya sangat cantik bak baldu

Tokyo Tower in the morning 

 Enjoying Sky Tree scenery while eating takoyaki 
 Jom beli belah di Asakusa, budak sekolah pun ramai kat sini. Hee

Shibuya (Kota Fesyen)

 Mampu tengok je bila jalan kat sini ;-)

 Lautan manusia melintas jalan @Shibuya Crossing

 Roti Nan gergasi, sedap dan tebal roti die!!



#DAY 3#

Hari ketiga ni hari yang ditunggu2 sebab kami akan menempuh pengalaman manis di Disneyland, taman tema penuh fantasi. Seriously, setelah kaki ni jejak je ke sini, memang terkesima dan kagum tengok disneyland Japan ni sebab tempat dia sangatla besar dan cantik. Memang sangat teruja, rasa macam tak percaya dapat sampai ke sini sebab sebelum ni just dapat tengok dari TV je.

Di pintu gerbang Tokyo Disneyland

 Masuk je nampak Castle tersergam indah, memang sebijik macam dalam cerita Kartun

Salah satu tempat yang dikunjungi @Toontown

Deretan manusia dah cop tempat untuk menyaksikan perarakan kereta berhias @Day Parade
 
 Kami menunggu sehingga ke malam untuk melihat Night Parade and Mak look so excited. Hehe





 
#DAY 4#

Esoknya, seawal pagi lagi kami dah bangun untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Hakone. Perjalanan ke sana dari Tokyo memakan masa lebih 2 jam. Kami perlu naik bas dahulu sebelum menaiki keretapi untuk ke Hakone. Perjalanan ke Hakone memang seronok, sebab sekeliling pemandangan sangat cantik, masih banyak lagi pohon sakura yang berbunga, rasa macam nak turun keretapi tu, nak ambil gambar kat kawasan situ. Turun dari keretapi, kami menaiki sejenis 'ropeway', ala-ala macam naik genting tu. Ikutkan, kat Hakone, dah boleh nampak jelas pemandangan Gunung Fuji tapi takde rezeki kami sebab keadaan cuaca yang mendung menyebabkan Gunung Fuji 'hilang'. Sekali lagi,,,, Sedeyy!!! Hakone ni terletak di kawasan gas gunung berapi dan salah satu daripada keunikan kat sini adalah telaga air panas yang sangat cantik dan ia digunakan pengurusan kawasan berkenaan untuk memasak telur ayam dan menjualnya kepada pelancong. Ia digelar telur hitam kerana hangus terbakar dalam air panas bercampur tanah belerang. Dan sepanjang laluan ke puncak Hakone, bau belerang menusuk hidung tapi ku gagahkan jua. And now, let me bring U to Hakone..

Keretapi yang membawa kami ke Hakone

"Ropeway" yang membawa kami ke puncak Hakone

 bau belerang yang menusuk hidong sepanjang ke puncak hakone. sib baik la masa ni tak sempot             
 Telur yang direndam dalam telaga panas

 Telur yang putih menjadi Hitem!!

 Telaga air panas yang cantik, tapi air dia tak panas pon!!

 Itu bukan kapal, tapi bot @Moto Hakone

Di atas bot merentasi Tasik Ashi, dari sini pun boleh view Gunung Fuji

Datang Jepun, harusla bergambar di Pintu gerbang berbentuk lambang Jepun ni @Moto Hakone


#DAY 5#

Disebabkan aku ni pecinta Movie, paling buat aku tak percaya bila my bro and my sis in law bagi tau yang destinasi kami selepas ni adalah UNIVERSAL STUDIOS JAPAN (USJ)!!! Setelah puas berjalan di bandar Tokyo, perjalanan kami terus menuju ke Osaka dan ia memakan masa lebih kurang 7 jam dengan menaiki bas. USJ ni letaknya di Osaka, ia adalah taman tema world-class yang dipenuhi dengan koleksi rakaman filem dan studio televisyen yang terbesar di dunia. Salah satu tips untuk datang ke USJ ni, anda perlu memiliki fast pass ticket, so korang tak payah nak beratur panjang gila untuk dapat turn bermain di setiap tempat permainan di USJ yang sememangnya sentiasa ramai dengan pengunjung. Antara tempat permainan yang aku sempat cuba adalah Jaws, Jurassic Park, dan Waterworld, so memang rugi sangat la sebab x main semua permainan kat sana. Memang Rugi!!!! Mungkin sebab penat and masa tu, aku lebih selesa berjalan sambil ambil gambar sekitar tempat kat sana. Cuma permainan yang aku tak leh lupa, permainan Jurassic Park The Ride. Mase nak test main permainan ni, mula2 aku risau jugak yang ni mainan jenis apa, sebab aku ni jenis tak suka permainan yang buat jantung ni gugur ala2 mcm roller coaster tu. Tapi buat2 berani sebab rasa macam tak extreme sangat. Bila dah nampak bot datang, so aku pun get ready jela n masuk dalam bot tu. Aku perasan ada yang pakai baju hujan, mcm pelik jugak, mainan ni ada percik2 air ke. Mula2 tu dia bawak kita pusing2 naik bot tu sambil menginjak ke dunia dinosaur (dalam hati dah cool dah sebab nampak santai je). Tiba2 bot tu bawak ke tempat gelap, makin lama makin terasa yang dia bawak kami ke tempat tinggi, orang lain dah start menjerit dah, aku punye cuak sebab aku tau yang bot ni nak menjunam ke bawah, apa lagi, die punye junam macam naik roller coaster! Tinggi tau! naik turun darah aku mase tu.. Kuyup jgk la baju ni sebab kena percikan air. No wonder la ada orang yang pakai baju hujan! Disebabkan Jurassic Park The Ride ni la yang buat aku cancel untuk try main permainan Spiderman kat situ. Takut punye pasal. Hahaha.

 
Tempat wajib ambil gambar bila sampai sini

 
My bro and sis in law dare to ride this @USJ roller coaster

 Pemandangan sekitar USJ

 
 Pengalaman yang sangat menakutkan di atas bot sambil dikejar Jaws. Best!

 
Masih ingat dengan kereta ni?
 
My fav film when I was a kid @Back to the future ride

Salah satu tempat studio rakaman yang korang wajib pergi @Waterworld
 Live depan mata kapal terbang ni datang menerjah dan terus meletop. SO REAL!!!!

Spiderman ride pun ada, rugi x naik sebab my bro n sis in law cakap best!

Hard Rock Cafe Osaka just next to USJ. Sebelum balik hotel, singgah masuk, sempat grab 1 baju. 



#DAY 6#

Memandangkan pada hari sebelumnya kami sudah berada di Osaka, seperti biasa, seawal pagi kami teruskan pengembaraan kami melihat rusa di Kyoto. Otw ke Nara Park, ada macam2 temple kat situ. Best jalan2 kat Nara Park ni sebab rusa-rusa ni mmg dilepaskan berkeliaran, so kita bebas bergambar dan pegang rusa-rusa kat situ, itupun kalau tak geli la, cuma aku kesian tengok rusa2 ni sebab kebanyakannya kurus dan tak bermaya, ntah berapa lama agaknya dieorg ni tak makan.. Yang paling seronok sekali, bila berpeluang tengok depan mata Kinkakuji Temple. Uniknye temple ni sebab die warna gold walaupun tak diperbuat dari gold. Mula2 tengok, ingatkan diperbuat dari emas tapi rupa2 nya warna nye yg emas. Temple tu betul2 kat tengah tasik, dan sekelilingnya adalah2 pokok2, dan membelakangkan bukit2, memang stunning giler temple tu sampaikan aku rase nak berenang masuk dalam temple tu, nak tengok apa yang ada kat dalam. Tapi pengunjung tidak dibenarkan masuk, hanya boleh bergambar dari jarak jauh je. Difahamkan, yang kawasan tu macam kawasan suci, jadi kawasan di sekeliling tu sangatlah terjaga dan high security.

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Rinku Premium Outlet. Rinku ni ala2 macam Johor Premium Outlet kat JB tu, cuma kami tak shopping sgt pun sebab mindset kami ke situ bukan nak shopping, nak berjalan2 jamu mata je. Selepas tu, kami terus mengheret kaki kami ni ke bandar Gion untuk bertemu Geisha. Mengikut cakap abg aku, mudah untuk terserempak geisha kat kawasan situ di waktu siang, malangnya tak sempat, disebabkan kelewatan kami sampai ke sana. Difahamkan, tak semua tempat kat Jepun boleh nampak kelibat geisha melainkan di Kyoto dan ada masa2 yang tertentu je boleh nampak geisha ni berkeliaran, dan mereka kebanyakan akan berada di 'teahouse', satu tempat di mana orang2 jepun santai2 / lepak2 minum. Tengah dok usha kedai2 tea house untuk mengintai geisha, tiba2 ternampak satu geisha yg putih mcm tepung komak, berbaju kimono tengah rushing berjalan2 terkedek berterompah ke salah satu teahouse di situ. Masa tu memang jakun la sebab live depan mata tengok the real geisha tp x sempat ambil gambar dia. FRUST! 

Sebelum gerak balik ke hotel, malam tu, kami berjalan2 di sekitar bandar Kobe. Di kawasan tu, aku berpeluang bergambar di Kobe Tower dan alhamdulillah sampai juga aku di Masjid tertua dan yang pertama dibina di Jepun, iaitu Masjid Kobe. Walaupun masjid tersebut tidak se 'gah' seperti masjid besi di Putrajaya tapi ia tetap terpelihara dan terjaga dengan baik dan sempat jugakla aku ambil gambar ruang dalam masjid tu. Kami juga sempat menjamu selera di restoran pakistan just opposite dengan masjid Kobe dan mengikut pengusaha restoran tu, artis2 terkenal like Datuk Siti, Aizat dan banyak lagi pernah singgah makan kat situ, dan dia sempat juga tunjukkan signature mereka yang diletakkan di dinding restoran terbabit. Kire bangga jugakla masa tu, sebab pengusaha restoran ni 'acknowledge' artis Malaysia. 


Keadaan sekitar Nara Park yg sangat bersih. Ada spotted sampah x??

Mak @Nara Park with the deers. Rusa2 ni sangat jinak dan datang sendiri kat kita sebab nak makanan.

 Mak feeling2 oshin. Hee

Kofukuji Temple @Nara Park. Sangat besar ye temple nye

Oustanding view of Kinkakuji Temple. Rasa macam nak tido kat sini bertemankan pemandangan indah..
 

 
@Rinku Premium Outlet, ala2 Johor Premium Outlet

 
Deretan teahouse @Gion. Geisha tak kelihatan waktu ini
Seperti biasa, secalit sampah pun tak kelihatan. Boleh je nak tidur atas jalan tu. Hee

  Kat Jepun ni byk sgt building tower, salah satu nya, @Kyoto Tower Hotel


Japan`s buskers. Yang white tshirt belakang tu sempat tunjuk 'peace' bila aku candid dioerg tgh ber busking


 @Menara Kobe. Tengok menara ni sangat simple design nya tapi sangat tinggi dan cantikkk

 @Masjid Kobe. 2 bencana dasyat pernah menerjah masjid ini, gempa bumi dan serangan bom semasa perang tetapi tidak pernah sekali goyah dan roboh. SubahanAllah!!
 
Gambaran masjid Kobe dari dalam

Singgah makan di Naan Inn.
Pengusaha restoran Naan Inn ini sangat ramah dan baik. Siap guide kiteorang direction yg senang untuk balik hotel. TQ Uncle!!



#DAY 7#

Selepas menempuh 7 hari berjalan non-stop di bandar Tokyo dan Osaka, destinasi kami seterusnya adalah ke Nagaoka, tempat di mana nya abg dan kak ipar menetap. SERIOUSLY, kiteorg mmg penat berjalan since hari pertama sampai ke bumi matahari terbit ni, kami hanya menggunakan waktu malam untuk tidur sahaja sebab everytime sampai hotel, hari dah pun gelap. Nagaoka ni, kawasan yang sangat tebal dengan salji, dan ada satu tempat bermain ski di sekitar sini yang selalu dikunjungi banyak pelancong untuk bermain ski. Kedatangan aku dan my mum ke Nagaoka banyak diisi dengan aktiviti rehat dan santai memandangkan kami dah cukup puas berjalan sebelum ni di Tokyo dan Osaka. Di sini, aku dan my mum sempat dibawa berjalan ke rumah rakan abg dan kak ipar yang sama2 menyambung pengajian di Universiti Nagaoka. Aku sempat jugakla berjalan2 di sekitar Universiti ni memandangkan tempat tinggal abg dan kak ipar sgt hampir, sebelah je..

Cuaca kat sini sangat sejuk, kalau tak mandi 2 hari pun takpe, tak busuk punye. Hehe. Di Nagaoka, kami menghabiskan hari2 terakhir kami dengan berehat di rumah saja dan sempat jgk la berjalan di Ladang Strawberry dan makan sotong gergasi dan kerang bakar di kawasan Pasar kat area bandar ni. For d the first time jgk la, aku perasan bentuk dan isi kerang kat Jepun dan Malaysia ni berbeza. Kalau nak tau perbezaan nya, try ke Sushi King, my fav restaurant of all-time.

Hari yang ke-11 merupakan hari terakhir kami di Jepun dan ia merupakan hari yg sgt sedih buat aku sebab terpaksa say gud bye kepada kenangan terindah yang aku dapat di sini n seriously rasa macam x nak balik je..11 hari jgk la menghabiskan masa kat Jepun ni, tp rasa macam tak cukup, kalau boleh nak duduk bercuti kat sini sebulan. Hehe. Dari Nagaoka, kami ke Haneda Airport dengan menaiki bullet train dan perjalanan kami ditemani abg aku sahaja memandangkan harga tiket bullet train untuk seorang sgt mahal, x silap aku kalau convert to RM, boleh cecah RM300 seorang so dalam 8000 yen lebih jugak la. Walaupun costly, at least, merasa jugak untuk naik bullet train memandangkan ini adalah antara pengangkutan yang tercanggih dan terpantas di dunia and Im really proud to experience d great ride!! 

Bila dah say gudbye to my bro, kami menunggu di balai perlepasan memandangkan lama lagi nak tunggu time nak 'terbang' balik ke Malaysia. And seriously, I really value my time here dan jika diberi peluang dan dipermudahkan rezeki, nak kembali lagi ke sini dalam musim yang lain, esp. in autumn season. Orang kata, impian boleh menjadi kenyataan, angan2 pun boleh bertukar kepada realiti, cuma kuasa Tuhan menentukan. So, dont stop dreaming cos there is no wrong in wanting something more... :-)
Sharing with u d last great moments...


 Makan sotong bakar panas di kala hujan renyai. Memang menangkap!! @Nagaoka
 
 @Strawberry Farm. Yg tinggal strawberry hak kecik2 je, boleh dipetik dan makan kat situ je.




 Pengalaman paling best, riding the bullet train. Memang sangat laju!!



Pic terakhir yg berjaya dirakam di Haneda Airport, Tokyo sebelum berangkat ke Malaysia ;-(





.

P/S: I really believe that dreams do come true. They might not come when you want them, they come in their own time.