Tuesday, December 17, 2013

Akulah regular customer itu..

        Arini dah masuk hari kedua "on mc" sbb demam tp disebabkan keadaan kereta yang dah lama x servis, kilometer pun dah melebihi jangkauan waktunya, digagahkan jua untuk hantar 'my hero' ni ke pusat servis yang biase aku pergi sebelum 'my hero' ni 'meragam' teruk. Dari dulu smp la sekarang (dah masuk 6 tahun) pusat servis ni sentiasa menjadi pilihan sbb kualiti yang diberikan setimpal walaupun dari segi pembayaran nya agak mahal berbanding pusat servis di luar. But it doesnt matter much for me cos yg penting kepuasan and hasil nya bagussssss sekali. La ni, dah dekat 3 jam menunggu, still x siap lagi 'my hero' tu tapi tak kisahla, sbb dah biasa menunggu lama sbb pusat servis ni byk sgt customer.
Bukan setakat proton, keta perodua, honda, toyota selalu menyinggah kat sini. Lagi satu yang best kat sini, sebab time tgh update blog ni guna WI FI yg di provide sambil meneguk air nescafe, dalam pada tu mata ni asik2 jeling TV sbb ade live bola Malaysia vs Vietnam utk Sukan Sea 2013. heheh.. Biasenya, during weekend, dieorg akan sediakan nasi lemak untuk customer sebab hari tula paling banyak customer datang bwk keta depa untuk servis and its important for u to make an appointment with them 1st sebelum datang sini. Kalau bernasib baik, lepas buat payment, pusat servis ni akan bg free gift as a symbol of token appreciation to their customer, itu pun kalau ade stock. Sebab dah biase dengan technician kat sini, biasenya i yang akan request, kot2 mane tau dieorg ade simpan stock utk promotion lain, itupun kalo dapat la. Oh lupe plak, disebabkan kadar menunggu tu agak lama untuk customer, kat sini ada provide tandas and surau untuk kemudahan pelanggan nya, so overall for me the service and accomodation is good. Nk tau lokasi x?? Hehe. Sesiapa yang tinggal area Subang Bestari kat area Kg Melayu Subang kira dekat la sbb pusat ni terletak kat tengah2 je, dekat dgn KFC and Pizza Hut. Ok la, bg alamat jela terus..ni dia..


Lon G Auto Service Sdn Bhd,
No. 11A, Jln. Apollo U5/194,
Bdr. Pinggiran Subang, Subang 2,
Shah Alam.
No. Tel: 03-7845 2413



P/S: Bukan niat nak 'up' kan pusat servis ni, cuma x de idea nak blog pasal ape sebab dah menapak    
       lama sambil tunggu keta yang x siap lagi. Tapi still a good info for the readers. Isnt'it?? Hehehe..

2 comments: