Sunday, December 28, 2014

Money, just a piece of paper



Mengikut kajian, pengeluaran kereta kat Malaysia ni makin lama makin meningkat atas sebab demand yang tinggi dan atas sebab keperluan individu tersebut untuk memilikinya. Ada yg beli kereta dengan alasan yang munasabah, yang x munasabah pun banyak, yela, kereta kat rumah dah 3 biji, ditambah lagi sebijik, tu belum lagi beli kereta baru sebab nak berlagak/berlawan dengan jiran sebelah, nak menunjukkan kekayaan masing2 padahal poket sendiri dah kering. Bila minyak naik, mula la nak bising, hingar bagai sebab kos minyak je untuk sebulan dah melebihi kos untuk beli barang dapur, itu belum lagi dikira dengan kos utiliti lain. Harga barang makin lama makin meningkat, yang masalahnya pulak gaji susah nak naik, paras tu je. Asal gaji masuk je, cepat sangat keluar duit tu, macam air. Ini lah problem yang membelenggu masyarakat kita sekarang bila segala2 nya tak cukup, sampai kan terpaksa meminjam dari keluarga/kawan untuk cover expenses sendiri. Ada yang sampai sanggup berbuat jahat semata2 kerana duit. Duit ni memang boleh buat gelap mata, yela, sekarang kat dunia ni sume benda bernilai dan berharga, everything harus dibayar dengan duit. No Money No Talk, Got Money?? Lets Talk!! Pepatah ada mengatakan 'Bukan senang nak jadi senang, Sangat senang untuk menjadi susah.' So from that phrase, kita tau untuk jadi senang, memang kena usaha lebih, kena fikir mcm mana untuk maju kan diri kita, bukan hanya dengan termenung dan melihat orang lain melakukannya, kita sendiri kena cari jalan untuk keluar sebagai penyelesaian untuk berjaya. Sekarang ni pun kita boleh lihat banyak org cari alternatif lain untuk jana side income, contoh terbaik mcm MLM, berniaga makanan, jadi agen insuran/pelaburan DLL, even student yang fresh grad pun dah mencuba nasib dalam business mcm ni sebab zaman sekarang nak cari kerja yang bagus pun susah. Kelompok ni nak keluar dari belenggu kesempitan duit untuk bagi kesenangan sedikit pada diri/keluarga. X salah pun, dengan syarat, niat perlu disertakan dengan usaha yang berbaloi dan bukan buat separuh jalan. Bila nampak kereta Audi, BMW, Bleetz & yang seangkatan dengannya, kita confirm akan cakap 'Kaya orang ni, mesti businessman/businesswoman', tak pun ayat ni mesti keluar 'eee, bestnya if dapat bwk kereta mewah macam tu'. In that scenario, biasanya kita hanya mampu express keinginan kita tanpa apa2 usaha ke arah membentuk kejayaan yang hakiki. Mata hanya mampu memandang dan bibir hanya mengungkap dan selepas itu hilang di depan mata. Bila diri berkobar2 nak mencuba sesuatu dan berubah ke arah yg lebih baik, mesti ada perkara negatif yang akan pop out di minda, mcm2 difikirkan, terikut2 dan termakan ckp kawan/org sekeliling pun ye, last2 tak menjadi. Inilah mindset yg selalu merasuk diri tanpa mencuba dahulu dan seterusnya merasai kepuasan yang bakal digapai. Pengaruh orang sekeliling sememangnya penting dalam membangkitkan aura positif dalam diri untuk sama2 berjaya. Thats why kena berhati2 dan pandai mencari kawan untuk kekal positif dan optimis dalam menerajui kehidupan ke arah yang lebih baik. Dalam Al-Quran juga ada menyatakan 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya'- Ar-Ra’d:11. So, dalam merangka kehidupan yang baik dan membina masa depan yang lebih bermakna, perlu ada matlamat dalam diri untuk berubah dan seterusnya mampu menggapai impian dan angan2 yang terpendam sekian lama. To add on, dont go with the flow, show them how you roll...



P/S: Nakhoda sarat dengan muatan, menunggu masa untuk berlabuh, perjalanan yang penuh dengan ujian, bagaimanakah harus ku tempuh...

2 comments:

  1. 1 kereta untuk suami pergi kerja.
    1 kereta untuk isteri pergi kerja,
    1 kereta lagi (yg mahal skit) pakai weekend utk jalan jalan atau balik kampung.


    ni contoh org banyak kereta dan fungsi setiap kereta diorg la kot... contoh je, bukan saya, bukan.

    ReplyDelete
  2. betul 3x.. hehe.. tu belum tambah lagi anak pakai kereta pergi kolej/universiti.. haha..

    ReplyDelete